Hiburan

Kongsi v1de0 romantik! Dini Schatzmann minta Janna Nick kosongkan jadual tiga hari – “Saya mahu masa awak… ia sangat bermakna”

PERKONGSIAN video yang memaparkan koleksi momen romantik pelakon dan pengacara Janna Nick bersama teman lelakinya yang juga pelakon Dini Schatzmann menarik perhatian netizen di laman sosial.

Menerusi video yang dimuat naik sempena ulang tahun kelahiran Dini pada Sabtu, Janna diminta untuk meluangkan masa bersama kekasihnya selama tiga hari tanpa sebarang gangguan termasuk urusan kerja.

“Saya mahu masa awak. Saya mahu awak kosongkan tiga hari hanya untuk saya. Tiada apa-apa, tiada penggambaran, tiada Melodi, tiada mesyuarat, tiada telefon dan Instagram.

 

Janna memuat naik video romantik bersama kekasihnya, DIni.

“Hanya tiga hari. Itu yang saya mahukan sebab ia sangat bermakna,” kata Dini yang kini berusia 26 tahun.

Rata-rata netizen beranggapan permintaan itu merupakan jawapan bagi persoalan mengenai status Janna, 25, yang ingin berehat daripada laman sosial yang dimuat naik pada Khamis lalu.

Dalam pada itu ruangan komen di perkongsian tersebut juga dipenuhi dengan ucapan hari lahir buat Dini daripada netizen yang juga cemburu melihat momen romantik pasangan itu.

“Orang muda biarlah… anda berdua nampak sweet. Kita dulu dah muda rasa ini semua dating tepi pantai. Okey, moga jodoh bersama.

Saya mahu awak kosongkan tiga hari hanya untuk saya.

DINI SCHATZMANN

PELAKON

“Suka tengok korang berdua. Saya doakan jodoh korang cepat sampai dan dipermudahkan dan kekal ke jannah. Amin Insya-Allah.

So sweet both of you… selamat hari lahir Dini Schatzmann. Dan Janna, awak seorang wanita yang bertuah kerana memilik Dini dalam hidup awak. MasyaAllah sayang anda berdua,” komen beberapa netizen.

Melihat daripada perkongsian beberapa video di Instastory, Janna menyambut ulang kelahiran kekasihnya itu di sebuah pulau di Mersing, Johor.

 

Janna sambut ulang tahun kelahiran Dini di sebuah pulau.

Bagaimanapun, tidak pasti bila sebenarnya percutian mereka itu memandangkan Janna tetap meneruskan tugasnya sebagai pengacara di program Melodi pada Ahad.

Sebelum ini, terdapat dakwaan mengatakan kononnya Janna dan Dini Azan Schatzmann telah berkahwin di selatan Thailand pada Jun tahun lalu.

Menerusi laporan mStar pada 24 April lalu, pemilik nama Nurul Jannah Muner ini tampil menafikan dakwaan tersebut dan menganggap ia fitnah semata-mata.

Menurut Janna, tiada alasan untuk mereka mengadakan pernikahan sehingga ke negara berkenaan kerana masing-masing masih bujang dan mempunyai keluarga di Malaysia.

 

Sumber: Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *