Hiburan

Haslinda Bintang Pertama Ters1ngkir, Tiada Lagi Cinderella di Pentas GV7

Penyanyi Haslinda terpaksa akur menjadi Bintang Gegar Vaganza 7 (GV7) yang pertama meninggalkan pentas realiti tersebut apabila namanya tidak diumumkan pada segmen Ada Lagu Ada Lagi.

 

Haslinda diumumkan sebagai bintang yang memiliki markah terendah sebanyak 49.70 peratus di bawah Indigo yang memperolehi 51.90 peratus dan Yantzen 62.10 peratus.

Markah diberikan juri tetap Datuk Ramli MS dan Datuk Khatijah Ibrahim serta juri jemputan, penyanyi popular era 80an Jay Jay.

Sementara itu di awal rancangan Linda Nanuwil diumumkan sebagai penerima Anugerah Next Level Digi apabila mendapat undian tertinggi di laman web Astro Gempak sepanjang minggu ini.

Anugerah Cuckoo Healthy Home pada minggu kedua menjadi milik Ashira yang menyanyikan lagu Sempurna selepas menerima kicauan (tweet) dengan undian hashtag paling banyak di media sosial sepanjang siaran langsung.

Tinggal 12 bintang bakal meneruskan perjalanan di minggu ketiga GV7 dah bakal berentap pada malam bertemakan Cuba Try Test yang memerlukan mereka menyanyikan lagu di luar comfort zone masing-masing.

Dihoskan oleh Jihan Muse dan Nabil Ahmad, GV7 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam.

GV7 turut menampilkan Datuk Ramli MS dan mengembalikan Datuk Khatijah Ibrahim sebagai juri tetap dan akan dibantu juri jemputan setiap minggu.

Teruskan menonton GV7 yang dibawakan sekali lagi oleh Farm Fresh selaku Penaja Utama, disokong Adabi dan CUCKOO Healthy Home sebagai Penaja Bersama selain Digi selaku Telco Rasmi.

Sumber: Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *