Viral

Peniaga Nasi Ayam Did3nda RM3000 Lepas Naik Kereta Bertiga Ke Tempat Kerja

“Peraturan yang menetapkan dua orang dalam satu kereta adalah tidak adil buat kami”, inilah luahan seorang peniaga restoran nasi ayam di Subang Jaya baru-baru ini.

Sebuah restoran nasi ayam yang terkenal di USJ4 terpaksa ditutup setiap kasi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan di kawasan itu. Terang pemilik restoran, mereka terpaksa melakukan keputusan ini selepas mendapat tiga kompaun RM1,000 daripada pihak berwajib.

Pemilik restoran yang dikenali sebagai Seow Boon Keong ini berkata, tiga pekerja restoran yang terdiri daripada kakak serta anak saudaranya telah dikompaun selepas menaiki kereta bertiga dari rumah ke tempat kerja pada 14 Oktober lepas.

Sumber: SJ Echo

Untuk rekod, kerajaan telah menetapkan hanya dua orang sahaja yang boleh berada di dalam satu kereta pada satu-satu masa sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini dijalankan.

“Kami bertolak dari Jenjarom ke USJ4 pada setiap hari untuk bekerja di restoran nasi ayam. Jarak antara dua tempat ini adalah 30km. Disebabkan jarak yang terlalu jauh dan mereka yang lain tidak boleh memandu, kami terpaksa datang sekali dalam satu kereta”

 

Seow Boon Keong juga menjelaskan, kos untuk menggunakan servis Grab memakan kos RM40 untuk satu perjalanan, dan itu belum dicampur lagi dengan kos perjalanan pulang ke rumah. Melihatkan situasi yang menekan, pemilik restoran ini terpaksa menutup operasi restoran meskipun ini adalah sumber utama pendapatannya.

Pemilik restoran ini berharap agar pihak berkuasa lebih bertimbang rasa dan mengamalkan sikap toleransi apabila mahu memberikan kompaun kepada pesalah.

Sumber: SJEcho

Kredit: Lobakmerah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *