Viral

Aqilah Akhirnya Tampill Cerita Apa Yang Terjadi Sebenarnya Selepas Hanya Beliau Sahaja Yang Terselamat

SEBERANG PERAI – Polis telah mengambil keterangan daripada satu-satunya m4ngsa keracvnan gas karbon monoksida yang terselamat dalam kejadian di sebuah stesen minyak dekat Permatang Pauh di sini pada bulan lalu, Nor Aqilah Mohd. Safwan, 21.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd. Samad berkata, Nor Aqilah telah ditemubual sejurus dia dibenarkan keluar daripada wad di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Kuala Lumpur pada minggu lalu.

“Daripada keterangan yang diceritakan kepada pegawai penyiasat, ketika berhenti di stesen minyak itu mereka dalam keadaan letih dan lapar.

“Mereka sempat membeli makanan di kedai stesen minyak dan makan sebelum kesemuanya tertidur di dalam kenderaan yang enjin hidup dan cermin tertutup rapat.

“Nor Aqilah kemudiannya tidak tahu apa lagi yang berlaku dan sedar-sedar dia sudah berada di hospital kira-kira seminggu kemudian,” katanya kepada pemberita hari ini.

Dalam kejadian pada 16 September lalu, Nor Aqilah terselamat dalam kejadian keracvnan gas karbon monoksida di dalam sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di sebuah stesen minyak di Lebuhraya Utara-Selatan dekat Permatang Pauh di sini.

Nor Aqilah bersama saudara kembarnya Nor Adilah serta dua rakan, Sharifa Fariesha Syed Fathi dan Ayunie Shazwanie Shabri berusia 21 tahun ditemui tidak sedarkan diri di dalam MPV jenis Honda Odyssey itu.

 

Sharifah Fariesha disahkan terbunvh di tempat kejadian, manakala Ayunie Shazwanie men1nggl dunia ketika dirawat di Hospital Seberang Jaya di sini.

Nor Adilah dilaporkan men1ngg4l dunia ketika dirawat di Hospital Angkatan Tentera Lumut, Perak.

Sementara itu, Shafee berkata, Nor Aqilah kini semakin pulih dan boleh menerima hakikat tentang kem4t1an kembar dan rakan-rakannya itu.

K! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *