Hiburan

Fazura dipuji tetap cantik walaupun dalam tempoh pantang

Selamat menimang cahaya mata sulung pada 2 Oktober lalu, kehadiran Nur Fatima Aisya pastinya kurniaan terindah buat pasangan sensasi Fattah Amin dan Nur Fazura selepas dua tahun menantikan zuriat.

Terbaru, foto yang dimuat naik oleh Fazura menjadi perhatian ramai yang terpegun melihat pelakon berusia 37 tahun tetap cantik meskipun masih dalam tempoh berpantang.

Menerusi perkongsian itu, Fazura memberitahu dia membawa anaknya untuk menjalani pemeriksaan di hospital. Melihatkan foto tersebut, jelas terpancar kegembiraan di wajah Fazura sebagai seorang ibu.

 

Diruangan komen, rata-rata netizen kagum melihat kejelitaan pelakon itu yang tetap cantik dan menjaga penampilan. Malah, ramai yang menantikan perkongsian terbaru Fazura mengenai anaknya.

 

Dalam pada itu, netizen juga tidak sabar untuk melihat wajah Fatima Aisya yang sehingga kini belum didedahkan kerana Fattah dan Fazura memilih untuk tidak lagi mendedahkan anak mereka kepada umum memandangkan usia anaknya terlalu muda.

Sumber: Rotikaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *