ISU SEMASA

Dato’ Rizalman Dilantik Ahli Lembaga Pengarah UiTM, Ini Resp0n Net1zen

Pernah menuntut pendidikan dalam jurusan Seni Lukis dan Seni Reka (Fesyen) di Universiti Teknologi Mara (UiTM), pereka fesyen tersohor negara Dato’ Rizalman Ibrahiim hari ini mengumumkan telah dilantik menjadi Ahli Lembaga Pengarah di institusi pendidikan tersebut menerusi laman Instagramnya.

Saya pasti berkhidmat selagi diperlukan bakat dan kederat.” – Dato’ Rizalman

 

 

Pengumuman itu juga dibuat secara rasmi menerusi laman Facebook rasmi UiTM sendiri.

 

Tahniah YBhg. Dato’ Rizalman Ibrahimatas pelantikan sebagai Ahli Lembaga Pengarah UiTMdaripada Pengerusi Lembaga…

Posted by Universiti Teknologi MARA – Media Rasmi on Friday, 16 October 2020

Mendengar khabar gembira itu, komen di Instagram Dato’ Rizalman dibanjiri dengan ucapan tahniah. Ramai netizen yang anggap bahawa beliau adalah calon yang selayaknya menyandang jawatan ini memandangkan beliau merupakan alumni UiTM sendiri.

Ini baru betul, sesuai sangat – Netizen

 

Sebelum ini, usahawan muda Vivy Yusof yang juga Pengasas FashionValet dan dUCK Group pernah dilantik jawatan sama pada 26 Mei 2019.

Bagaimanapun, pada 28 September lalu, UiTM telah membuat pengumuman mengenai penamatan kontrak Vivy sebagai Ahli Lembaga Pengarah.

Sumber: Lobakmerah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *