Hiburan

Demi capai hasrat bayar zakat RM1 juta dan bina masjid, Mawar Rashid akui terpaksa kerja keras hingga rindukan anak

MENGGALAS tanggungjawab sebagai selebriti dan usahawan dalam pada masa yang sama menjadi seorang ibu bukan sesuatu tugas yang mudah buat pelakon Mawar Rashid.

Akui Mawar, 25, dia pernah hampir putus asa dengan kerja kerana terlalu rindu untuk meluangkan masa bersama anak sulungnya, Raden Muhammad Rafael yang kini berusia 18 bulan.

 

Mawar memuat naik luahan tersebut di laman Instagram miliknya.

“Kadang-kadang rasa nak putus asa dengan semuanya sebab rindu anak. Karier sebagai selebriti dan usahawan bukan mudah. Perlukan banyak masa untuk selesaikan video shoot, live dan lain-lain.

“Perlukan banyak masa untuk mesyuarat perniagaan dan kena perah otak untuk bisnes lagi. Untuk keluarga saya dan Mawarose squad lagi. Kadang-kadang terlampau sibuk sampai rasa nak putus asa.

“Masa dengan suami ok lagi sebab suami sentiasa setia menemani tapi Rafael ini… rindu. Kadang-kadang pagi sampai malam tak jumpa… ni nak masuk anak kedua dah,” kata Mawar.

Pengorbanan yang paling menyakitkan inilah yang akan mendatangkan hasil dan bekalan untuk ke akhirat nanti.

MAWAR RASHID

PELAKON

Pemilik nama Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid ini berkongsi luahan tersebut menerusi laman Instagram miliknya pada Khamis.

Pelakon telefilem Penaklukan Syaitan ini sedang hamil anak kedua dan kandungannya hampir memasuki lima bulan.

Mawar mendirikan rumah tangga bersama Raf Yaakob pada November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Raden Muhammad Rafael pada Mac tahun lalu.

Dalam pada itu, Mawar memberitahu dia tidak boleh berhenti setengah jalan dan perlu berkorban demi mencapai hasratnya untuk membayar zakat sebanyak RM1 juta serta membina sebuah masjid.

 

Mawar dan Raf bakal menimang cahaya mata kedua.

“Tapi Mawar tak boleh berhenti! Mawar wajib teruskan demi keluarga, Mawarose squad, pelanggan tersayang, nak bayar zakat satu juta dan bina masjid bersama-sama kalian semua!

“Mawar faham ramai ibu bapa kat luar sana terpaksa korban rasa rindu kat anak-anak demi mencari rezeki dan demi membantu orang di luar sana… sama macam Mawar tapi yakinlah.

“Pengorbanan yang paling menyakitkan inilah yang akan mendatangkan hasil dan bekalan untuk ke akhirat nanti. Saya bersama anda.

“Terus gembira, terus bergerak, anda ibu yang bagus, bapa yang bagus dan anak-anak anda sangat berbangga dengan anda! Mereka belajar banyak daripada anda! Buktikan kepada mereka! Anda hebat!” ujarnya.

Sumber: Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *