Viral

Tampil Jadi Sukarelawan C0v1d-19, Belia Dari Sabah Ini Terima Pujian

 

Peningkatan kes positif C0v1d-19 di Sabah mencetuskan kegusaran penduduk. Tidak dinafikan, ramai petugas kesihatan dikerah demi memutuskan rantaian wab4k berjangkit ini.

Di Semporna Sabah, sekumpulan anak muda menabur bakti mengambil keputusan untuk menyertai pasukan sukarelawan bagi melakukan aktiviti pembersihan termasuk nyahkuman dan menghantar makanan kepada pesakit. Inisiatif anak muda ini juga dipuji ramai.

Sedia berkhidmat demi daerah tercinta!

 

Perkongsian ini dikongsikan menerusi pengguna Facebook Muhamad Na’im, memaparkan anak muda Sabah telah melaporkan diri sebagai sukarelawan. Difahamkan, mereka ini akan melakukan khidmat masyarakat seperti menghantar makanan kepada pesakit dan aktiviti berbentuk pembersihan. Selain itu, mereka juga diberi pendedahan terlebih dahulu mengenai keselamatan termasuk memakai PPE dan pelitup muka.

Terima kasih Belia Semporna

 

Sementara itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi laman Facebook rasmi mengucapkan terima kasih kepada Kelab Belia Tinagayan yang terlibat dalam meringankan beban petugas kesihatan.

 

Sedia berkhidmat demi daerah tercinta!Para belia Semporna yang sangat berdedikasi telah melaporkan diri di Pusat…

Posted by Muhamad Na'im Ab Razak on Saturday, 10 October 2020

 

Sumber: KKM, Muhamad Na’im

Kredit: Ohbulan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *