Viral

Syarikat Luar Negara Tawar AirAsia RM4.1 Bilion, Dengan Syarat Beri Data Pelanggan

Semenjak penularan wabak C0v1d-19 berlaku pada awal tahun ini, industri penerbangan seolah-olah lumpuh apabila mereka tidak lagi mampu beroperasi seperti biasa. Lebih menyedihkan, ramai pekerja di dalam industri ini terpaksa diberhentikan secara besar-besaran untuk mengurangkan kos perbelanjaan.

Melihatkan keadaan ini, sebuah syarikat yang berpangkalan di Amerika Syarikat telah menawarkan pinjaman bernilai 1 Bilion US Dolar (RM4.1 Bilion) kepada AirAsia, dengan syarat melalui pertukaran aset digital. Berita ini didedahkan sendiri oleh CEO AirAsia Group Bhd Tan Sri Tony Fernandes baru-baru ini.

 

Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan nama syarikat kepada pihak media. Dengan purata 50 juta pengunjung unik pada setiap bulan selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), AirAsia kini sedang dalam perancangan mahu membangunkan ‘Super Apps’ yang dijangka mampu memberi saingan kepada para pesaing.

Sambung beliau lagi, aplikasi AirAsia dijangka akan menawarkan 15 servis dan produk yang berlainan, seperti yang sedang dilakukan oleh aplikasi Grab dan Gojek. ‘Super App’ ini dijangka akan menawarkan pelbagai servis seperti penerbangan, tempahan hotel, penghantaran makanan dan pembelian secara atas talian.

“Kini, semua orang boleh terbang, beli-belah, makan dan banyak lagi dalam aplikasi AirAsia yang baru. Ia akan menawarkan pelbagai kemudahan kepada semua orang”, ujar CEO airasia.com Karen Chan.

Untuk rekod, Tan Sri Tony Fernandes telah menolak tawaran pinjaman bernilai RM4.1 Bilion ini kerana mahu menjaga privasi data peribadi pelanggan.

Sumber: The Star

Kredit: Lobakmerah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *