Viral

Netizen K0ngsi Suasana PKPB Di Kota Kinabalu, Lengang Habis Wei!

Memandangkan berlakunya peningkatan kes positif C0v1d-19 di Malaysia, pihak kerajaan telah pun memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan secara bersasar di daerah yang diisytiharkan zon merah.

Pada Isnin lalu, pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah pun mengumumkan bahawa tiga daerah di Sabah iaitu, Kota Kinabalu, Penampang dan Putatan akan menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berkuat kuasa jam 12.01 tengah malam Rabu 7 Oktober 2020.

Susulan itu, pengguna laman sosial di sudah mula berkongsi suasana di sekitar Kota Kinabalu.

Menerusi perkongsian KKcity di Twitter, dapat dilihat jalan raya utama di bandar tersebut mula lengang seawal jam 9 malam.

 

Manakala menerusi perkongsian @kikieeyy pula, pusat beli belah Imago turut dilihat lengang tanpa pengunjung dan kedai-kedai mula menghentikan operasi. Kosong wei!

 

Terbaik rakyat Sabah! Semoga kita dapat teruskan usaha memerangi wabak ini dari terus merebak.

Sumber: Lobakmerah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *