Hiburan

“Mula Bisnes Dengan 6 Botol Kicap….Tak Pernah Sangka Boleh ‘Upgrade’ Bawa Barang Guna Kontena!” – Lan Solo

Penyanyi Lan Solo tidak pernah menyangka perniagaan kecil-kecilan yang diusahakan bersama isteri, Nur Sheila Hassim, kini berkembang dan lebih baik.

Lan berkata, di awal pembukaan Solo Borneo Mart (SBM) pada hujung September tahun lalu dia dan isteri hanya membawa bilangan barangan runcit yang sangat terhad.

Bagaimanapun, selepas satu tahun, SBM yang membekalkan barangan runcit dari Sabah dan Sarawak semakin maju dan diterima ramai.

Bekas vokalis kumpulan Kristal itu ketika dihubungi Gempak berkata, hari ini, 30 September 2020 genap setahun SBM beroperasi.

“Tak pernah kami membayangkan akan menggunakan kontena untuk perniagaan ini. bisnes kami. Masa mula-mula buka dulu kami hanya bawa enamb botol kicap, lima paket kecil kopi Tenom, tiga botol jeruk bambangan dan lima bungkus mee dari Sabah.

“Selepas itu kami tambah pula barangan dari Sarawak, juga dalam kuantiti yang kecil, tapi hari ini Allah izinkan sebegini jauh perjalanan kami.

“Tak mudah untuk kami kerana awal-awal dulu ‘koyak’ juga bila orang kata saya dah tak laku sebab tu jual ikan masin, buka kedai runcit.

“Ada juga yang kata kerja kedai runcit ni tak sesuai dengan status ‘artis’. Tapi…Allah itu sebaik-baik perancang,” katanya sebak.

Bagaimanapun kata Lan, isterinya Sheila banyak mendorongnya untuk terus bertahan sehingga ke hari ini.

“Isterilah yang banyak beri sokongan walaupun ada cakap-cakap belakang. Saya dan isteri berusaha untuk fahamkan pelanggan mengapa harga di BSM tak sama seperti di Sabah dan Sarawak.

“Kami educate mereka mengenai kos dan sebagainya dan akhirnya pelanggan mula memahami dan mula menerima BSM,” ujarnya.

Dalam pada itu katanya, dia akan terus berusaha memajukan BSM dan akan melakukan penambahbaikan dari hari ke hari.

“Biarlah orang kata bergelumang dengan ikan masin, ikan bilis, udang kering ni tak glamor, saya akan tetus berusaha sampailah semua barangan runcit ada di BSM.

“Saya akan pastikan pengorbanan kami selama ini berbaloi. Kami korbankan masa dengan anak-anak, kawan-kawan sebab nak fokus kepada bisnes.

“Kena tipu, kena sailang itu semua pengalaman. Yang penting saya kena terus kental dan sabar serta belajar setiap hari,” katanya positif.

 

View this post on Instagram

ALHAMDULILLAH.. SAMPAI SUDAH.. Amplang tawau.. belacan papar.. mee OnFattLoong..mee Sandakan..mee tawau..mee udang..sambal basong viral Lahad Datu.. kopi tenom.. kopi cap lampu.. biskut kingkong.. biskut nenas.. kerupuk tasen.. kerupuk ikan merah.. ikan liking.. ikan kerupuk.. sagu ambuyat beaufort.. kuih cincin..lidah.. cornbeef.. sadin smiling fish.. kicap ayam..A4..4A..cap rumah..cap bendera.. lada botol.. cuka ayam.. sirap grenadine.. sirap pisang skyblue.. air tin sundrop.. jeruk bambangan.. jeruk tuhau.. kirai..sigup..langkum..😛& baaaanyakkkkkk lagi.. . . Datang kedai boleh.. nak pos pon bole 👍🏼 ⬇️⬇️⬇️ @solo_borneo_mart . 📍: Solo Borneo Mart, Puchong Prima (blkg OTK) . ⏰ : 10pagi – 10malam . 📲 : +601123836454 (kedai) . MEMBEKAL PRODUK MAKANAN SABAH, SARAWAK, LABUAN & BRUNEI.. . . #lansolo #lankristal #lanborneo #soloborneomart #puchongprima #produkmakananborneo #makanansabah #makanansarawak #segalanyaBorneo #sabah #sarawak #labuan #brunei #borneo #sabahan #sarawakian #gengborneo #keluargaborneo #supportborneoproducts . #sapotprodukborneo #kitakitajugabaini

A post shared by LAN SOLO 🇲🇾 KRISTALx (@lansolo_official) on

 

Sumber: Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *