Hiburan

Ellie Suriaty nafi ‘ikat’ suami – “Kalau betul saya k0ngk0ng, Azri Iskandar dah duduk rumah saja tak pergi penggambaran!”

SUSULAN pendedahan mengenai suami diganggu seorang wanita pada waktu malam, pelakon Ellie Suriaty berkata dia menerima mesej peribadi daripada pengasas produk kosmetik itu yang menjelaskan perkara sebenar.

Ellie berkata, dia tidak menuduh suaminya iaitu pelakon Azri Iskandar berlaku curang, sebaliknya berang dengan sikap wanita berkenaan kerana tidak sensitif mengenai masa orang yang sudah berkeluarga.

“Saya ada hantar friend request di Facebook tapi dia tak layan. Selepas muat naik status itu, baru dia mesej. Tapi memang saya abaikan saja dan anak saya yang baca.

“Wanita itu kata yang dia tak ada hubungan apa-apa dengan suami saya dan mesej yang dihantar hanya berkaitan kerja. Dia minta saya bersihkan namanya.

“Sedangkan saya tak kata pun dia ada hubungan dengan Azri. Saya cuma selar sikap dia yang tidak hormati masa orang lain,” ujar Ellie kepada mStar pada Selasa.

Sebagai wanita muslimah yang bekerjaya, kenapa perlu langgar waktu orang yang sudah berkeluarga?.

ELLIE SURIATY

PELAKON DAN PENGARAH

Selain itu pelakon dan pengarah itu menafikan cakap-cakap yang mengatakan dia cuba mengongkong suaminya.

“Kalau betul saya kongkong, Azri dah duduk rumah saja tak pergi shooting!” katanya lagi.

Terdahulu Ellie dilaporkan meluahkan rasa bengang terhadap seorang wanita yang menghubungi suaminya pada lewat malam.

Susulan itu Azri Iskandar turut tampil menjelaskan bahawa dia tidak mengenali rapat individu berkenaan dan hanya berhubung dengannya menerusi Facebook sejak akhir-akhir ini.

 

Azri Iskandar memberitahu wanita itu mendekatinya atas urusan menjual produk.

Dalam pada itu, Ellie berkata berharap agar wanita berkenaan sedar tentang kesilapannya serta tidak bersikap pentingkan diri sendiri.

“Saya bukan mengamuk tapi hanya ingin beri pengingatan kepada sesiapa saja agar sentiasa menghormati masa orang lain. Jangan mesej suami orang pada pukul 12.17 tengah malam semata-mata nak cakap fasal perniagaan MLM.

“Bagi saya tindakan dia itu pentingkan diri sendiri sebab dia tak menghormati masa dan rumah tangga orang. Azri itu suami orang, masih ada isteri… bukannya duda!

“Sebagai wanita muslimah yang berkerjaya, kenapa perlu langgar waktu orang yang sudah berkeluarga? Kenapa perlu mesej suami orang waktu tengah malam? Apa niat sebenar dia?

“Dunia perniagaan dia tak ada kena mengena dengan keluarga kami. Jadi siapa dia untuk langgar masa keluarga orang? Jangan disebabkan nak kejar keuntungan sampai buat suami isteri bergaduh!” katanya.

Ellie mendirikan rumah tangga dengan Azri pada 2003 dan mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Sumber: Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *