Hiburan

“Aruwah tanya bila kad kahwin nak siap” – Anak Idris Md Diah terk1lan bapa tak sempat tengok majlis kahwin

ANAK bongsu kepada pelakon veteran Allahy4rham Idris Md Diah yang dikenali sebagai Alia meluahkan rasa sedih apabila hasrat bapa untuk melihatnya berkahwin pada 25 Disember depan tidak kesampaian.

Menurut Alia atau nama sebenarnya Nur Alia Muliyani Mohd Idris, 27, dia hanya sempat membawa bapanya melihat lokasi majlis perkahwinannya nanti.

“Agak terkilan dan sedih sebab saya satu-satunya puteri arwh tapi betul-betul lagi 100 hari saya nak kahwin, arwh meninggal dunia. Arwh pun nampak macam sedih apabila majlis saya semakin dekat.

 

Idris men1nggl dunia secara mengejut pada pagi, Isnin.

“Soalan terakhir yang arwh tanya dekat saya berkenaan kad kahwin saya bila nak siap sebab majlis lagi 100 hari dan dia nak bagi jemputan kepada rakan-rakannya.

“Alhamdulillah persiapan hampir selesai sebab saya sejenis yang tak nak susahkan atau libatkan orang. Saya pun sempat bawa arwah ayah tengok lokasi majlis saya.

“Saya kurang pasti arwh ayah ada hajat atau tidak sebab dia jenis tak bercerita sangat tapi dia selalu tanya tentang persiapan perkahwinan saya,” kata Alia kepada mStar.

Saya juga nak tegaskan yang arwh ayah tidak pernah ada akaun laman sosial.

NUR ALIA MULIYANI

ANAK BONGSU IDRIS MD DIAH

Alia memberitahu dia tidak mengetahui punca sebenar kem4t1an bapanya yang men1nggl dunia secara mengejut namun arwh mempunyai penyakit kencing manis dan sejak kebelakangan ini tiada selera makan.

Allahy4rham Idris, 61, yang terkenal dengan watak Pak Andak menerusi drama bersiri 7 Hari Mencintaiku 2 dikatakan men1nggl dunia ketika sedang tidur kira-kira pukul 2.30 pagi, Isnin di kediamannya di Presint 9, Putrajaya.

Dalam pada itu, Alia memohon pertolongan rakan-rakan bapanya untuk menghubunginya jika ada kerja atau hutang arwh yang masih tertangguh.

 

Anak bongsu Idris tegaskan arwh tidak mempunyai akaun laman sosial.

Alia juga menegaskan bapanya tidak mempunyai sebarang akaun laman sosial dan meminta mana-mana pihak tidak menyalahgunakan nama dan foto arwh.

“Soal kerja arwh masih belum diketahui… jadi, saya minta tolong rakan-rakan arwh jika ada apa-apa yang tertangguh ataupun arwh ada berhutang dengan sesiapa boleh berhubung dengan saya.

“Saya juga nak tegaskan yang arwh ayah tidak pernah ada akaun laman sosial. Saya mohon sesiapa yang buat akaun palsu gunakan nama arwh, tolong padam gambar dia,” ujarnya.

Allahy4rham meninggalkan seorang balu iaitu Che Hawa Abu Bakar, 60 dan dua orang cahay mata bernama Muhammad Afiq Husaini Mohd Idris, 28 serta Nur Alia Muliyani Mohd Idris, 27.

Sumber: Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *