Viral

[V1DE0] Penantian 6 Tahun Ber4khir, Wanita H4m1l Kembar 3 Seb4k Dengar Degup4n J4ntung Bayi

Setiap pasangan suami isteri pasti mengimpikan kehadiran cahaya mata dalam rumah tangga. Namun, tidak semuanya bernasib baik dan mampu merasai pengalaman itu meskipun sudah melakukan pelbagai cara dan ikhtiar.

Bagaimanapun, perkongsian seorang doktor ini pastinya bakal menyentuh hati sesiapa sahaja yang menontonnya apabila seorang wanita ini bakal menimang cahaya mata selepas 6 tahun penantian.

Menerusi video berdurasi 03:01 saat yang dimuatnaik Dr. Thoka Muhammad di Instagram, dia  menjelaskan kepada seorang wanita berusia 32 tahun terdapat 3 embrio telah dimasukkan ke dalam rahimnya menerusi rawatan IVF atau persenyawaan in vitro. Walaupun begitu, pada awalnya ketika melakukan ultrasound, pakar obstetrik dan ginekologi ini memaklumkan hanya kelihatan 2 kantung sahaja (kantung besar, kantung kecil) dalam kandungan wanita tersebut yang membawa maksud dia berkemungkinan akan memiliki kembar 2.

 

View this post on Instagram

Blessed after 6 years of trying

A post shared by Dr. Thokha Muhammad (@drthokha) on

Selain itu, wanita ini turut mendengar denyutan jantung zuriat kembarnya  itu. Tetapi apa yang lebih mengejutkan apabila Dr Thoka memaklumkan bahawa kantung besar dalam kandungannya itu ‘terbelah’ menjadi identicial twin.  Rupa-rupanya wanita ini berpotensi memiliki kembar 3 sekaligus!  Tidak dapat menahan sebak, wanita ini terus mengalirkan air mata. Penantian dan doanya selama 6 tahun akhirnya dimakbulkan.

Alhamdulillah

 

Sumber: Dr Thoka Muhammad

kredit: ohbulan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *