Hiburan

“Nak Pinjam Nangis-Nangis, Dah Dapat Hilang…”- Fadzil Zahari Dakwa Pereka Fesyen Tak Bayar Hutang

Pelakon Fadzil Zahari mendakwa pereka fesyen Zery Zamry sudah lima tahun berhutang namun sehingga kini masih mendiamkan diri.

“Selamat ulangtahun ke-5 hutang Zery Zamry. Moga dalam keadaan sihat walafiat hendaknya… agar dapat mengumpul hutang keliling pinggang dengan lebih efisyen tahun ni..,” katanya dengan nada sinis

Suami kepada pelakon Yana Samsudin itu mendedahkan perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut, Fadzil memuat naik foto Zery bersama rakan-rakanya yang sedang bercuti di sebuah pulau.

“Plan cuti mana tahun ni? Bali ke Mabul? Hutang 5 tahun tanpa faedah.

“Tag rakan anda yang masa nak minta pinjam duit nangis- nangis, dah dapat duit hilang taktau pi mana.

“DM(mesej peribadi) abang untuk Post Review Kutip Hutang, slot terbuka sekarang!” katanya berseloroh.

Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata berkongsi pengalaman apabila duit yang dipinjam tidak dibayar.

 

 

 

sumber: Gempak

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *