Viral

“Takkan c4s sampai rm90” – Pelanggan ‘C0mplaint’ Harga Lukisan M4hal Sebab Harga Kertas & Pensel Murah

Lumrah bila orang buat perniagaan dalam bentu service ini, ramai orang yang tak faham betapa penatnya dan sukarnya seseorang peniaga itu berhempas pulas untuk memberikan yang terbaik kepada pelanggannya macam pelukis yang dikenali sebagai Yasser ni.

Viral di Twitter,Yasser ada menerima mesej daripada seseorang di Instagram bertanyakan lukisan untuk adiknya, apabila Yasser menjelaskan harga untuk 2 jenis lukisan itu berharga RM90 tinggit, pelanggan terus ‘melantun’ kata harga terlalu mahal.

Ingat mur mur je, RM 10 – RM 20

Pelanggan itu mati-mati ingatkan harga bagi sekeping lukisan itu dalam RM10-RM20, dia cuba nak nego dengan harga yang lebih murah (harga fans katanya ) sebelum ‘disekolahkan’ oleh Yasser bahawa menghasilkan satu lukisan itu yang nampak real tu bukan satu kerja yang mudah.

Tak nak kalah dengan penjelasannya, pelanggan tersebut siap tanya modal untuk kertas, pen dan pensel yang dia gunakan.

 


Harga kertas dan pen, modal tak sampai RM 20

Selepas Yasser menjelaskan modal yang dia gunakan ini, pelanggan tersebut seolah-olah macam tak puas hati dengan harga RM 90 tu dengan mengatakan kos nak beli peralatan melukis itu tak sampai RM 20 pun.

Menurut WORLD OF BUZZ, dia menzahirkan rasa kesal dengan sikap pelanggan sebegitu dan ini bukanlah pertama kali dia hadap.

Ramai lagi yang minta harga murah malah kawan-kawan sendiri ada minta lukisan free dekat dia.

Walaubagaimanapun, dia menjelaskan yang dia dah terbiasa dengan sikap dan karenah pelanggan-pelanggan yang selalu minta harga murah.

 


Ambil masa 6-7 jam nak siapkan sampai mata jadi kering

 

Tambah Yasser ia mengambil masa 6 hingga ke 7 jam untuk menyiapkan satu lukisan sehinggakan matanya jadi kering dan lesu kerana duduk di meja berjam-jam nak siapkan hasil seninya.

Jadi faham lah mengapa dia frust apabila pelanggan meminta harga diturunkan. Sabar orang pun ada batasnya juga kan?

Dia juga ada  menyatakan bahawa persepsi orang tentang seni dan nilainya berbeza. Malah, ada yang menyatakan bahawa ia hanyalah sekadar gambar pada sehelai kertas.

Saya rasa seni itu subjektif. Sebilangan mungkin melihatnya sebagai eksklusif, artistik dan ada yang melihatnya hanya sebagai gambar. Tetapi kebanyakan orang yang tidak berjiwa seni gagal menghargai seni. “

Yasser menegaskan bahawa orang ramai harus memahami dan mengambil berat bukan hanya seni tetapi juga seniman yang menghasilkannya kerana memerlukan  minat dan kemahiran untuk menyempurnakan sesuatu karya.

Sumber: Lobakmerah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *