Hiburan

Akui salah, Ajai m0hon maaf kepada Hafiz Zainal Secara Langsung

Sejak minggu lepas, nama komposer dan juri tetap Big Stage, Ajai dan peserta program berkenaan, Hafiz Zainal menjadi tumpuan netizen gara-gara memberikan hanya dua markah kepada peserta tersebut.

Namun pada malam ini, Ajai membuat kejutan dengan memohon maaf kepada Hafiz pada permulaan konsert secara langsung.

“Saya akui saya salah perkataan, mungkin itu prinsip saya apabila menjadi seorang juri dalam sesebuah pertandingan,” katanya

 

Pada masa sama, Ajai menyatakan apa yang dilakukannya adalah bertujuan untuk melihat semua peserta Big Stage berjaya apabila keluar daripada program itu nanti.

 

Sebelum ini, Ajai dilihat agak kasar dalam penjurian minggu pertama apabila memberikan dua markah kepada peserta tersebut.

Terdahulu, Ajai yang dilantik sebagai juri tetap Big Stage 2020 bersama Dayang Nurfaizah dan Faizal Tahir memberikan markah terendah dalam sejarah kepada Hafiz Zainal ketika menyanyikan lagu Fly Me To The Moon.

Markah itu dinilai berdasarkan persembahan dan vokal setiap peserta.

Menurut Ajai, dia melihat perkara itu lebih kepada pekak nada dan ia memberi masalah yang besar kepada seseorang penyanyi. 

“Sepatutnya saya nak beri markah 0 kerana pada saya itu sudah melihatkan ABRSM, satu ujian pendengaran muzik. Kalau kita pergi exam tu, salah sikit je katakan out of tune, anda akan gagal semuanya. 

 

“Apa yang saya nak tunjukkan di sini adalah cara yang betul kita adili dalam nyanyian. Saya taknak cakap dia pekak nada sebab kadang-kadang ketakutan atas pentas membuatkan kita habis semua. 

 

“Jadi, too bad benda tu terjadi pada dia hari ini. Mungkin minggu depan dia akan belajar. Why not dari zero kepada hero?

Menurutnya lagi, dia tidak kisah jika netizen akan membencinya kerana niat asalnya adalah untuk memberikan ilmu yang betul kepada semua peserta. 

“Saya tahu orang akan benci pada saya tapi saya tak peduli. 

“Yang bercakap-cakap tu mungkin peminat setia tetapi tugas saya adalah untuk memperbaiki penyanyi-penyanyi yang anda semua suka ni untuk dia menjadi betul,” jelasnya lagi. 

Selain Ajai, peserta Big Stage diadili oleh Faizal Tahir, dan Dayang Nurfaizah.

Ajai membuat kejutan dengan memohon maaf kepada Hafiz pada permulaan konsert secara langsung

Dikirim oleh Astro AWANI pada Minggu, 23 Agustus 2020

 

Sumber: Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *