Viral

“Gaji 1.2k, bayar saman 1k” –[V1DE0] Pekerja Kedai Makan Ini Kena ‘Sound’ Dengan P0l1s Sebab Salah Cara Pakai Mask

Umum mengetahui, Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sudah masuk minggu kelapan dengan pelbagai aktiviti ekonomi dan sosial telah dibenarkan oleh pihak kerajaan tetapi perlu mematuhi Prosedur Operai Standard (SOP).

Terkini, pemakaian face mask atau pelitup muka pula telah diwajibkan bermula pada 1 Ogos.

Baru masuk minggu pertama peraturan ini dikuatkuasakan, sudah ada rakyat Malaysia yang dikenakan kompaun RM1,000 kerana tidak memakai face mask di tempat awam.

Malah viral satu video di media sosial yang menunjukkan seorang pegawai polis menegur beberapa pekerja kedai makan di sebuah pusat beli-belah yang mengenakan pelitup muka yang salah semasa menyediakan makanan.

*Sumber video twitter ricebunny

 


Dalam kejadian tersebut, pegawai polis berkenaan telah bertindak menegur cara pemakaian
face mask dan etika kebersihan pekerja di premis makanan tersebut.

Apa yang mengejutkan lagi ialah pegawai polis berkenaan terus meminta kad pengenalan tiga daripada empat pekerja tersebut. Berkemungkinan mereka menerima surat amaran atau dikenakan kompaun.

Siapa tak cuak kalau polis minta IC kan? Harap lepas ni rakyat Malaysia lebih peka dan sentiasa mematuhi garis panduan yang ditetapkan kerajaan agar perang melawan C0V1D-19 akan berakhir.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *