Hiburan

“Saya Tumpang Kebahagiaan” – Zizan Razak Doakan Mira Filzah Bahagia Hingga Ke Jannah

Pelakon dan pelawak Zizan Razak mengucapkan tahniah kepada Mira Filzah yang bakal menamatkan zaman bujang tahun ini.

Menurut Zizan, jika seseorang itu sudah mahu berkahwin dan mendirikan rumah tangga, lebih baik kita mendoakan yang terbaik untuk dia.

“Saya doakan yang terbaik untuk masa depan dia, jadi isteri yang baik, isteri yang solehah, ada keluarga yang baik untuk kedua-dua belah pihak hingga ke jannah.

“Itu saja yang saya boleh doakan,” katanya.

Tambahnya, dia juga menumpang kebahagiaan Mira Filzah.

“Bila dengar berita dia dah nak kahwin saya tumpang gembira,” katanya.

Zizan berkata demikian pada majlis pelancaran produk Wholly Fitz yang berlangsung di Hotel Royal Chulan Kuala Lumpur, semalam.

Kadang aku paham ngan dia ni kadang aku xpaham. @shaheizy_sam

Posted by Zizan Razak on Friday, July 17, 2020

Terdahulu Zizan dikatakan memiliki hubungan istimewa dengan Mira Filzah namun tiada kenyataan rasmi dikeluarkan daripada kedua belah pihak.

Pada masa, Mira Filzah menyatakan dia tidak terikat dengan komitmen cinta sama ada dengan Zizan mahupun Remy Ishak seperti yang digosipkan sebelum ini.

Sebelum ini, pelakon dan pengacara Mira Filzah mengesahkan bakal menamatkan zaman bujang pada tahun ini.

Kata Mira, persiapan sudah mula dilakukan namun dia tidak ingin mengulas lebih lanjut.

 

“Dalam tempoh dua bulan ini saya kena habiskan kerja-kerja lain yang tertangguh disebabkan pandemik.

 

“Saya sudah dipinang orang. Alhamdulillah, tiada rintangan sepanjang tempoh pertunangan kami.

 

“Untuk persiapan urusan perkahwinan adalah saya lakukan.

 

“Insya-Allah, apa sahaja nanti pun saya akan hantar undangan kepada pihak media,” katanya kepada Gempak.

Tambah pelakon drama Lelaki Kiriman Tuhan itu, dia akui sudah bersedia untuk melangkah ke alam perkahwinan.

“Saya dah bersedia nak melangkah ke alam perkahwinan.

 

“Alhamdulillah, setakat ini bakal suami tidak ada halangan untuk saya teruskan kerjaya seni.

 

“Saya tak adalah terbuka sangat, biasa-biasa sahaja, masih keep it low.  

 

“Untuk perjalanan karier saya selepas kahwin nanti boleh tanya dia sendiri.

 

“Dia adalah orang yang terbaik untuk menjawab soalan itu,” katanya lagi.

 

Mira dan jejaka pilihannya, Wan Emir Astar yang merupakan anak kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datin Mastura Mohd Yazid dilaporkan bakal disatukan sebagai suami isteri sekitar bulan Oktober ini.

Pasangan berkenaan sebetulnya sudah lama mengenali antara satu sama lain.

Bagaimanapun, apabila Wan Emir melanjutkan pengajian, hubungan mereka terhenti sehinggalah kembali bertemu dan berhubung semula.

Mira atau nama sebenarnya, Nur Amirah Filzah Badioezaman dan Wan Emir pernah belajar di sekolah yang sama.

Wan Emir yang juga seorang arkitek difahamkan sudah menghantar rombongan untuk merisik pelakon wanita popular berusia 27 tahun itu.

Sumber: Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *