ISU SEMASA

Mas Khan did3nda RM17,000 cvr1 wallet kripto

PELAKON filem Abang Long Fadil 2, Mas Khan didenda RM17,000 atau penj4ra 26 bulan jika gagal membayar dend4 itu oleh Mahkamah Majistret Ampang di Kuala Lumpur, hari ini bagi kesalahan mencvr1 wallet mata wang kripto bernilai RM213,805 milik penerbit filem Datuk A Aida.

Majistret Farah Nasihah Annuar menjatuhkan hukuman itu terhadap Mas Khan, 26, atau nama sebenarnya Mas Hidzir Khan Mas Fadzillah Khan selepas tertuduh menukar pengakuan kepada bers4lah semasa sebutan kali ketiga kes itu.

Bagi pertvdvhan pertama, pelakon itu didenda RM7,000 atau penj4ra 12 bulan manakala, denda RM10,000 atau penj4ra 14 bulan untuk kesalahan kedua.

Mengikut pertvduhan pertama dan kedua, tertuduh didakwa mencvr1 wallet yang merupakan mata wang kripto milik Zaidah Awang, 50, atau dikenali sebagai A.Aida tanpa izin bernilai RM59,804.15 dan RM154,000.85 di Taman Ukay Perdana, Ampang, Kuala Lumpur, pada 5 pagi 7 Mac 2019.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penj4ra maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.

Terdahulu, pelakon itu yang diwakili peguam Surya Putra Mohamad Taufan memohon denda minimum atas alasan anak guamnya penanggung utama keluarga selain telah memberikan kerjasama baik kepada pihak berkuasa sejak awal siasatan.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Nur Intan Syakieraah Zakaria memohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran mengambil kira keseriusan kes yang dilakukan dan jumlah kerugian dialami mangsa adalah tinggi iaitu lebih RM200,000.

Sumber:Hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *