Viral

“Saya C4bar Aljazeera Tunjuk Negara Mana Beri Kebebasan Mutlak Kepada W4rga As1ng Tak Berd0kumen” – Ismail Sabri

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri mencabar agensi berita antarabangsa, Aljazeera untuk menyenaraikan negara yang memberi kebebasan mutlak kepada warga asing.

“Kita boleh tanya Aljazeera ini, berikan kita nama mana-mana negara dalam dunia ini membenarkan warga asing yang tidak mempunyai dokumen perjalanan atau dokumen tidak sah boleh bebas di negara mereka.

“Saya cabar Aljazeera tunjukkan negara mana yang memberikan kebebasan mutlak kepada warga asing yang tidak berdokumen.

Jawapannya setahu saya, tidak ada,” katanya dalam sidang media perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) hari ini.

Beliau berkata demikian dalam mengulas isu sebuah dokumentari terbitan Aljazeera yang membuat tudvhan kerajaan Malaysia bertindak ‘kej4m’ ke atas migran dan pendatang asing tanpa izin (PATI) sepanjang tempoh PKP sebelum ini.

“Dan tuduhan yang mengatakan kita mengvrung secara tidak adil PATI tersebut adalah tidak benar, kerana bukan setakat PATI yang dikurung malah PKPD di kawasan lain, termasuk di pusat tahfiz, beberapa perkampungan di Hulu Langat dikurung juga.

“…dan setiap individu yang berada dalam kurungan PKPD dibuat saringan termasuk PATI juga disaring, kerajaan menanggung kos saringan terhadap mereka.

“Jadi tidak betul kalau kita katakan bahawa satu layanan yang tidak adil dibuat kepada mereka kerana mereka dikurung, kerana polisi dan SOP ini kepada sesiapa sahaja termasuk rakyat Malaysia,” tegasnya.

Selain itu, dokumentari tersebut turut menuduh kerajaan melaksanakan arahan PKP berunsurkan perkauman.

“Menuduh tindakan kita bersifat perkauman ataupun rasis juga tidak benar, apa yang dilakukan adalah berdasarkan undang-undang.

“Pihak Imigresen menggunakan Akta Imigresen untuk menangkap dan menahan mereka yang tidak mempunyai dokumen yang sah di dalam negara kita ataupun yang langsung tidak mempunyai dokumen,” jelasnya lagi.

Justeru, Aljazeera dituntut untuk membuat permohonan maaf kepada rakyat Malaysia atas isu kontroversi tersebut.

 

Komen Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengenai Dokumentari Al Jazeera bertajuk…

Posted by Bernama TV on Monday, 6 July 2020

 

Terdahulu, salah seorang lagi dikenali sebagai Rayhan turut mendakwa terkejut ditahan pihak berkuasa. Malah dia turut kongsi kisah rakannya ditahan kerana tiada dokumen sah. Menurutnya lagi, majikan tersebut tidak menyambung visa sehingga kawannya menyebabkan dia dit4han.

Mereka bukan pembvnvh, bers4lah. Mereka cuma tiada dokumen tidak sah perjalanan. Kawan saya ditahan. Saya lari di pintu imigresen. Saya menangis di pagar. Tolong benarkan saya jumpa kawan saya.

Saya tak boleh jumpa dia. Tak tahu dia makan atau tak sebab saya tak boleh beri makan.

Tambah Rayhan lagi, dia bimbang akan masa depan pekerja asing yang ingin masuk bekerja di Malaysia. Hal ini menimbulkan lagi kemarahan orang ramai yang boleh disifatkan sebagai tidak tahu erti bersyukur. Malah Rayhan turut menutup akaun Facebook miliknya selepas menerima kecaman orang ramai.

Tutup akaun facebook

 

Orang ramai berang

 

Sumber: RTM, BERNAMA TV , Ohbulan

Kredit: Siakapkeli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *