Hiburan

Gara-Gara Terduduk Atas Tudung Sudah Digosok…

Bagi sesetengah perempuan berhijab pastinya faham situasi di mana tudung yang sudah digosok ditindih orang atau dengan objek. Boleh hilang mood dibuatnya. Biasalah bila sudah selesai menggosok untuk letak di mana-mana ‘lokasi’ selamat sementara pergi untuk tukar baju dan sebagainya.

Ini situasi yang berlaku kepada adik-beradik Melvin. Baru-baru ini Syatilla Melvin memuat naik satu video yang mana rasanya ramai boleh kaitkan dengan diri mereka. Dalam video tersebut kelihatan Syatilla yang baru selesai menggosok tudung ‘membentangkannya’ di atas sofa.

 

Tiba-tiba adiknya Syifa Melvin yang sedang asyik berbual di telefon datang dan terus duduk di atas tudung yang baru siap digosok itu.

Video yang dikongsikan itu telah berjaya membuatkan ramai terhibur dengan lebih 337 ribu tontonan dan 70 ribu likes. Berikut adalah video yang dikongsikan oleh selebriti ini menerusi laman Instagram miliknya:

 

 

Alahai, sampai macam itu sekali marah Syatilla orang duduk atas tudung sudah digosok dia! Anda sendiri pernah alami situasi macam ini? Di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan video tersebut dan meninggalkan reaksi mereka seperti berikut:

“Ni memang betul untuk adik beradik perempuan”

 

“Wehlaa banyak kali tengok….Tapi hat ni sumpah lawak habis…”


“Nak gosok tudung tu lama tau, nak biar lentik, cantik, takde satu pun kedutan..Paling cepat pun 10 minit nak siapkan sehelai tudung…”

 

Sumber: HCL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *