ISU SEMASA

Rentas Negeri Sama Sekali Tidak Dibenarkan Lagi Selepas Ini – Ismail Sabri

Melalui sidang media sebentar tadi, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan hari ini memutuskan tidak membenarkan sama sekali pergerakan merentas negeri bagi mengelakkan penyebaran C0V1D-19.

Menurut Berita Harian, kenderaan yang cuba merentas negeri bukan hanya akan diarah berpatah balik tetapi juga turut dikenakan kompaun di sekatan jalan raya.

 

Kerajaan memutuskan pergerakan merentas negeri tidak dibenarkan sama sekali.

Justeru, orang ramai tidak perlulah lagi ke balai polis untuk mendapatkan surat kebenaran.”

Kita tidak akan bertolak ansur lagi dalam soal rentas negeri ini.”

Ujar beliau, keputusan itu diputuskan setelah kerajaan tidak akan bertolak ansur lagi susulan kes yang berlaku semalam melibatkan seoarang wanita yang didapati positif setelah merentas negeri untuk sampai ke kampung

”Akibat rentas negeri seorang perempuan didapati postif apabila sampai ke kampung akibat merentas negeri.

”Sebab itu kita tak ada kompromi lagi atau bertolak ansur dalam soal rentas negeri,” kata beliau.

 

Malangnya, masih ramai rakyat yang degil dan mencuba nasib untuk merentas negeri pulang ke kampung. Beliau berkata, semalam sahaja sebanyak 2,412 kenderaan cuba merentas negeri dan dinasihatkan polis berpatah balik.

Selain itu, lebih 1,300 orang beratur di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, Pahang untuk mohon kebenaran polis balik ke kampung untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Minat mereka yang ingin balik ke kampung sempena Aidilfitri ini masih tidak berubah walaupun setiap hari kita mengeluarkan nasihat.”

Mereka sanggup beratur di tengah panas dengan alasan untuk mencuba nasib. Jadi lepas ini tidak perlu susah payah beratur di balai polis.”

Sumber: siakapkeli via lobakmerah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *