Viral

(V1de0) ‘Youtuber’ Anggar Pendapatan Sugu Pavithra Sebulan, Boleh Cecah Sehingga Ratusan Ribu Ringgit

Sugu Pavithra kini menjadi antara barisan ‘YouTubers’ yang digemari oleh rakyat Malaysia. ‘Fenomena’ pasangan suami isteri itu menyaksikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga memberikan hadiah kepada mereka baru-baru ini.

Video masakan Sugu Pavithra sememangnya sentiasa ditunggu-tunggu oleh orang ramai.

Selain tutur katanya yang lembut, penggunaan Bahasa Melayu Pavithra yang jelas juga dipuji oleh orang ramai.

Lebih menarik, video masakan Pavithra juga pernah menjadi rujukan kepada YouTuber dari Jepun, iChang dan atlet bina badan negara, Sazali Samad untuk memasak kari ayam.

Sambutan hangat daripada setiap video yang dibuat membuatkan ramai diantara kita tertanya-tanya berapakah pendapatan yang diperoleh Sugu Pavithra.

Seorang YouTuber melalui channel Juzairi Share, mendedahkan anggaran bulanan yang diperolehi oleh pasangan itu dari video-video yang dimuatnaik oleh mereka di Youtube.

 

 

Berkongsikan perkara itu di saluran Youtube miliknya, Juzairi mendedahkan bahawa anggaran pendapatan yang diperolehi oleh Sugu Pavithra ialah boleh mencecah maximum sebanyak RM 144,000 sebulan.

 

 

Video Pavithra telah berjaya menambat hati rakyat Malaysia daripada pelbagai peringkat umur dan kaum.

Malah, ia turut menarik perhatian Perdana Menteri yang menghadiahkan tripod, ketuhar gelombang mikro, periuk nasi elektrik serta barangan memasak kepada mereka.

Ibu kepada dua anak ini berkata, dia mula terbabit sebagai Youtuber pada 28 Januari lalu, sejak itu dia memuat naik demonstrasi masakan dan sehingga kini sudah mempunyai 473,000 peminat.

Ajak PM datang ke rumah

Dalam pada itu Pavithra dan suami M Sugu, 29 berhasrat menjemput Tan Sri Muhyiddin Yassin datang ke rumah.

Menurut Pavithra beliau akan mencari jalan untuk menghantar jemputan kepada PM dan berharap impian mereka menjadi kenyataan.

” Perkara pertama yang ingin dilakukan selepas Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) tamat adalah menjemput Perdana Menteri ke rumah untuk merasai masakan kami,” kata S Pavithra, 28.

” Saya tahu agak mustahil Perdana Menteri akan datang kerana saya hanya orang biasa, tetapi saya berhasrat memasak Nasi Briyani Kambing dan Ayam Masak Merah untuk beliau.

” Isnin lalu, saya sudah menerima hadiah daripada beliau, hanya ini saya boleh lakukan (menjemput Perdana Menteri ke rumah) dan saya harap kami dapat bertemu satu hari nanti apabila Malaysia bebas dari C0V1lD-19,” katanya ketika ditemui di rumahnya di kuarters ladang swasta di Sungai Siput.

 

Sumber: Juzairi Share

kredit: siakapkeli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *