Viral

(Video) Individu Dipercayai W4rga Asing Cuba L0l0skan Diri Dari Dawai Berduri Di Kawasan PKPD

PUTRAJAYA: Kerajaan memutuskan enam parcel di Selayang Baru, Gombak, Selangor, diisytiharkan sebagai kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula hari ini hingga 3 Mei.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata tindakan itu diambil susulan nasihat Menteri Kesihatan.

Enam parcel berkenaan membabitkan Zon A iaitu di Jalan Indah 3 dan Jalan Indah 5A, Selayang Indah; Zon B (Jalan Indah 21, Lembah Indah, Selayang Baru); Zon C (Jalan Besar Selayang Baru, Jalan 1 dan Jalan Indah 21); Zon D (Jalan 3, 5, 7 dan 9); Zon E (Jalan 2, 4, 6 dan 8) dan Zon F (Blok A, B dan C, Selayang Makmur).

Bagi memudahkan penduduk yang tidak boleh keluar dari kawasan yang dikenakan PKPD, Pangkalan Perubatan (Medical Base) juga dibuka di situ, bagi proses pemeriksaan kesihatan dan perkara berkaitan.

Satu video rakaman yang menunjukkan seorang individu dipercayai warga asing cuba lari daripada kawasan yang telah diwartakan sebagai Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan menjadi tular di media sosial.

Kejadian yang didakwa berlaku di Selayang itu memaparkan seorang warga asing berusaha melepasi pagar dawai yang didirikan oleh pihak berkuasa bagi menghalang orang ramai masuk dan keluar daripada kawasan tersebut.

“Seorang warga asing dilihat cuba keluar dari apartmentnya melalui dawai berduri yang diletakkan pihak berkuasa dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), dipercayai di Selayang,” tulis Bernama TV di Twitter.

Perakam video berkenaan yang menyedari perbuatan individu tersebut bertindak menjerit ke arahnya mempersoalkan tindakan tersebut.

Walau bagaimanapun, tiada maklumat lanjut berkenaan kejadian tersebut.

 

 

Sumber: Bernama TV

Kredit: Siakapkeli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *