Semasa

Aunty Mengamuk Dan Jerit Tak Puas Hati Kena Halau Sebab Tak Pakai Mask, Tindakan Tenang Angg0ta Dipuji Ramai

Kenapa bila kita tahu kita buat salah, lepastu orang tegur kita salah, kita selalunya akan marah?

Macam baru-baru ni, seorang aunty di Cheras telah mengamuk dan menjerit pada pegawai polis selepas dia ditegur tak pakai topeng muka masa nak masuk sebuah pasar di sana.

Menurut Facebook page We Are Malaysians yang memuat naik video ini, aunty ini tidak sihat dan tak pakai mask dan ini adalah antara sebab kenapa pegawai polis di sana meminta wanita ini untuk pulang semula ke rumah.

Dalam video tersebut korang boleh dengar aunty ni memarahi pegawai polis dan mengatakan yang dia dihalau kerana isu perkauman.

Pasar Taman Cheras

19/4/2020Cheras, KLShe say she was sick n can't wear Face Mask, authority not allow her enter into Pasar n she 🤬🤬 the authority…#PDRM pls take action.在蕉赖友力,它说它有病不可以带口罩,又想进去巴刹,官员阻止它进去,结果破口大骂🤬官员…😷😷😷#COVID19 #StayAtHome#DudukRumah #呆在家

Dikirim oleh 我们是马来西亚人 We are Malaysians pada Minggu, 19 April 2020

Bukan itu je, wanita ini turut mengugut untuk membuat laporan mengenai perkara ini. Dikatakan wanita ini marah kerana disuruh untuk balik dan bukannya memakai mask. 

Dapat dilihat dalam video ini juga, wanita ini telah melanggar satu lagi arahan PKP bila dia dilihat beredar dari pasar tersebut bersama seorang lelaki menaiki motor.

Orang ramai dirayu agar memberikan kerjasama kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menjalankan tugas sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ini berikutan terdapat individu yang bertindak menghalang tugas mereka, memaki hamun dan mendatangkan kecederaan kepada anggota polis dengan merempuh sekatan.

Menurutnya, apa yang dilakukan pihak polis adalah demi menjaga keselamatan rakyat negara ini.

“Polis adalah manusia biasa. Kita duduk di rumah satu hari pun terasa berbagai-bagai dalam pemikiran.

“Pihak polis yang buat sekatan jalan raya, berpanas dan berhujan dari pagi sampai malam untuk bantu kita. Jadi, perlu pertimbangan sewajarnya daripada rakyat,” katanya dalam sidang akhbar harian di sini hari ini.

Beliau memberitahu, kebanyakan kes-kes yang dipenjara bukan disebabkan melanggar arahan PKP namun lebih kepada kes lain termasuk menghalang tugas anggota polis tersebut.

“Tidak boleh bayangkan niat baik pihak polis menyelamatkan nyawa semuanya dimaki hamun, saya percaya kadang-kadang ada dibuat tindak balas sebagainya,” katanya.

Sumber : NadiaGhafar / LobakMerah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *