Semasa

Tun M bersuara lepas PKP dilanjutkan. Akhirnya Tun M tampil bongkarkan punca kerajaan tak perlu gopoh untuk tamatkan PKP

KUALA LUMPUR- Kerajaan dinasihat supaya tidak g0poh ketika membuat keputusan untuk menamatkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Menurut Tun Dr. Mahathir Mohamad, keputusan untuk menamatkan PKP harus dikaji dengan teliti dan tidak dibuat hanya kerana b1imbangkan ekonomi negara akan jatvh.

“Banyak perkara yang perlu diambil kira dan dikaji terutamanya langkah-langkah pembendungan w4bak yang telah diambil sebelum ini seperti pemakaian penutup hidung dan mulut serta jarakkan sosial.

“Jika PKP mahu ditamatkan, pakar-pakar perlu mengkaji data-data yang telah dikutip dari setiap tempat, apakah pematuhan terhadap arahan-arahan lain seperti pemakaian penutup hidung dan mulut atau penjarakan sosial telah dipatuhi sepenuhnya? “Kita tidak boleh gop0h (dalam menamatkan PKP) hanya disebabkan oleh faktor-faktor lain seperti bimbang ekonomi akan jatvh.

Jangan jadi seperti Sweden
“Kita takvt, jika kita tamatkan PKP virus tersebut akan merebak semula seperti yang berlaku di kebanyakan negara. Sweden contohnya, mereka telah isytiharkan negara tersebut selamat tetapi apabila PKP ditamatkan dan kehidupan kembali seperti biasa virvs tersebut menular semula,”

katanya semasa Sembang Live Bersama Dr. Nurul Yaqeen berhubung topik Pandemik Covi1d-19 yang disiarkan menerusi Facebook beliau hari ini. Dr. Mahathir yang juga seorang doktor pervbatan itu menjangkakan krisi1s Covi1d-19 mengambil masa yang lama untuk dipulihkan.

Tambahnya, tiada siapa yang boleh meramal bilakah PKP akan ditamatkan kerana kerajaan katanya, perlu memberi respon mengikut keadaan terkini dalam menguruskan krisi1s berkenaan. “Tiada satu tarikh yang boleh ditetapkan untuk kita hidup bebas seperti dahulu.

“Saya yakin, untuk menangani wab4k ini, ada yang boleh kita dahulukan, ada yang kena lewatkan kerana virus ini sangat mudah untuk merebak. “Kalau duduk di rumah, risi1ko jangk1itan berkurangan,” katanya lagi. Dr. Mahathir juga menyokong tindakan kerajaan mel4rang pembukaan bazar Ramadan bagi mengelakkan penvlaran w4bak Cov1id-19.

Katanya, penjualan juadah berbuka puasa boleh dilakukan secara dalam talian namun begitu para peniaga katanya, perlu memikirkan kaedah terbaik dari segi aspek pembungkusan bagi memastikan kualiti dan kebersihan makanan tidak terjejas dalam tempoh yang lama.

“Kita tidak boleh hapuskan perkhidmatan bazar ramadan ini kerana ada peniaga yang mahu mencari rezeki. “Ianya boleh dijalankan secara dalam talian tetapi peniaga perlu fikir bagaimana untuk memastikan makanan tidak basi kerana pembeli membeli juadah sebelum waktu berbuka dan mereka mungkin mahu makanan tersebut masih boleh dimakan sehingga waktu sahur,” tambahnya.- MalaysiaGazette

Tiada lagi toleransi: Ismail Sabri
PUTRAJAYA – Kerajaan tidak akan bertoleransi dengan mana-mana pihak yang masih degil untuk mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah memasuki fasa ketiga ketika ini. Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tindakan tegas akan diambil ke atas sesiapa sahaja tanpa mengira latar belakang jika didapati tidak mengikut arahan berkenaan.

“Kerjasama semua rakyat Malaysia amat diperlukan bagi membenteras w4bak koronavirvs (Cov1id-19) ini. “Tindakan tegas akan akan diambil terhadap sesiapa sahaja yang didapati melanggar atau memberikan alasan yang tidak munasabah,” katanya pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Jawatankuasa Khas Menteri-menteri Mengenai PKP di Pejabat Perdana Menteri di sini semalam.

Sementara itu, dalam perkembangan sama, Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan memaklumkan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menangkap 612 individu kerana 1ingkar PKP di seluruh negara kelmarin. “Daripada jumlah itu, seramai 590 individu yang direman dan 15 individu dijamin polis,” katanya. Menurutnya, sebanyak 799 sekatan jalan raya dan 545,182 kenderaan telah diperiksa di seluruh negara semalam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *